Frequently Asked Questions

Other Languages: Dansk Deutsch Ελληνικά English Español Suomi Filipino Français Indonesian Italiano Japanese Korean Bokmål Nederlands Polski Português - Brasil Português - Portugal Русский Svenska Thai Türkçe Українська Vietnamese Chinese Taiwan Chinese

Mengubah Pelayan Nama Bagi Nama Domain Anda

Print this Article
Last Updated: January 15, 2016 1:44 PM

Pelayan Nama mengawal ke mana nama domain anda sampai apabila pelawat mengaksesnya. Semasa anda mendaftarkan nama domain, kami tetapkannya pada pelayan nama kami yang "diparkir", yang hanya memaparkan halaman sementara. Bagaimanapun, anda mendapat nama domain untuk membuat laman web dan mungkin perlu menukar pelayan nama anda untuk menghubungkannya kepada nama domain anda.

Pelayan nama mana yang perlu anda gunakan bergantung pada di mana ia didaftarkan dan di mana laman web dihoskan. Contohnya, jika nama domain anda didaftarkan atau dihoskan dengan kami, gunakan maklumat Di Sini ; jika ia didaftarkan dengan atau dihoskan oleh syarikat lain, gunakan maklumat Di Tempat Lain .

Menetapkan pelayan nama boleh menjadi tugas yang rumit. Garis panduan ini boleh membantu anda dalam proses ini, tetapi kami menggalakkan anda untuk menghubungi pasukan sokongan kami di talian (480) 505-8877 sekiranya anda mengalami sebarang kekeliruan atau kesukaran.

Domain? Laman web Gunakan arahan-arahan ini...
Di sini Di sini Anda boleh menggunakan konfigurasi DNS standard kami yang digariskan di Set nameservers for domains hosted & registered with COMPANY_NAME.
Di sini Di Tempat Lain Pertama sekali, dapatkan pelayan nama anda daripada pengehosan anda yang satu lagi dan kemudian tetapkan menggunakan Set custom nameservers for domains registered with COMPANY_NAME.
Di Tempat Lain Di sini Dapatkan pelayan nama tapak anda menggunakan Find my COMPANY_NAME nameservers dan kemudian berikannya kepada pendaftar nama domain anda.
Di Tempat Lain DNS Luar Tapak DNS Luar Tapak membolehkan anda menggunakan pengurus DNS kami jika nama domain anda tidak didaftarkan mahupun dihoskan dengan kami. Untuk maklumat tentang penyediaan ini, lihat Manage DNS records for your domain registered at another company
Di sini VPS/Khusus
di sini
Anda boleh mencipta pelayan nama anda sendiri dengan mendaftarkan "hos" bagi nama domain anda menggunakan Add my own host names as nameservers. Selepas mencipta hos, lihat Set custom nameservers for domains registered with COMPANY_NAME.

Selepas mengemas kini pelayan nama anda, biarkan 4 hingga 8 jam untuk rangkaian lain mencapai maklumat nama domain pada .com dan .net, serta biarkan 24 hingga 48 jam untuk rangkaian lain mencapai maklumat bagi kesemua sambungan domain.