Frequently Asked Questions

Other Languages: Dansk Deutsch Ελληνικά English Español Suomi Filipino Français Indonesian Italiano Japanese Korean Bokmål Nederlands Polski Português - Brasil Português - Portugal Русский Svenska Thai Türkçe Українська Vietnamese Chinese Taiwan Chinese

Pindahkan Domain Ke Wild West Conrad Pacific Domain Registration

Print this Article
Last Updated: January 15, 2016 1:56 PM

Anda boleh menggunakan arahan-arahan ini untuk memindahkan nama domain daripada pendaftar semasa anda kepada kami.

Sebelum anda boleh membenarkan pemindahan nama domain daripada pendaftar lain kepada kami, anda mesti menyediakan nama domain dan membeli pemindahan tersebut. Untuk maklumat lanjut, baca Bersedia untuk Memindahkan Nama Domain Anda ke Wild West Conrad Pacific Domain Registration.

Peraturan ICANN melarang pemindahan nama domain yang telah didaftarkan atau dipindahkan sebelum ini dalam tempoh 60 hari yang lepas. Untuk maklumat lanjut, klik sini.

Jika anda telah membeli pemindahan nama domain .uk, .ca, .eu, .es, ataupun .se, lihat artikel berkenaan untuk arahan tambahan pemindahan:

Bagi kebanyakkan sambungan nama domain, pemindahan antara pendaftar mengambil tempoh lima hingga tujuh hari dari masa anda mengesahkannya. Proses dan masa diperlukan untuk pelengkapan pemindahan boleh berbeza untuk sambungan tertentu, seperti nama domain kod negara peringkat tertinggi (ccTLDs). Untuk maklumat lanjut, baca About ccTLDs (Country-Code Domain Names), lalu klik artikel Bantuan untuk sambungan anda.

Membenarkan Nama Domain Dipindahkan kepada Kami

Semasa anda melengkapkan langkah-langkah ini, anda sahkan kami untuk melengkapkan proses pemindahan nama domain.

Untuk Sahkan Pemindahan Nama Domain kepada Kami

  1. Log masuk ke Pengurus Akaun anda.
  2. Di sebelah Domain, klik Urus.

    Jika butang Urus tidak dipaparkan untuk anda, dari menu Produk > Domain , pilih Nama domain Saya.

  3. Dari menu Domain , pilih Pemindahan.
  4. Klik Sahkan pemindahan.
  5. Klik Tambah sekarang.
  6. Dalam medan ID Transaksi dan Kod Keselamatan , masukkan ID pemindahan yang telah kami e-melkan kepada alamat e-mel kenalan pentadbiran (pentadbir) dan kemudian klik Tambah. (Jika anda mempunyai nama domain .au, kami akan menghantar ID pemindahan dan e-mel pengesahan kepada alamat e-mel kenalan pendaftar seperti yang dipaparkan dalam pangkalan data Whois.)

    Jika anda tidak menerima ID pemindahan, baca How do I resend the transfer confirmation email to my updated admin email address?

  7. Lakukan salah satu daripada berikut:
    • Pilih tab Asas dan kemudian masukkan Kod Pengesahan dari daftaran semasa (jika berkenaan) dalam medan di sebelah nama domain anda.
    • Pilih tab Lanjutan dan kemudian masukkan satu nama domain dan kod pengesahannya di setiap baris. Asingkan setiap nama domain daripada kod pengesahannya dengan satu koma, ruang ataupun tab.

    Jika anda tidak mempunyai kod kebenaran, baca Get an authorization code to transfer my domain to Wild West Conrad Pacific Domain Registration Sesetengah sambungan nama domain tidak memerlukan kod kebenaran.

  8. Pilih Saya sahkan pemindahan...dan kemudian klik Selesai.
  9. Klik OK.

Bagi kebanyakkan sambungan nama domain, pemindahan antara pendaftar mengambil tempoh lima hingga tujuh hari dari masa anda mengesahkannya. Proses dan masa diperlukan untuk pelengkapan pemindahan boleh berbeza untuk sambungan tertentu, seperti nama domain kod negara peringkat tertinggi (ccTLDs). Untuk maklumat lanjut, baca About ccTLDs (Country-Code Domain Names), lalu klik artikel Bantuan untuk sambungan anda.

Periksa Pemindahan Anda yang Dijalankan

Selepas anda mengesahkan pemindahan, kami menghantar permintaan kepada pendaftaran nama domain anda dan kemudian mereka memberitahu pendaftar semasa anda. Pendaftar semasa anda mungkin akan menghantar permintaan untuk kelulusan pemindahan kepada alamat e-mel pentadbir nama domain itu yang tersenarai dalam direktori Whois. Selepas itu, pendafatar semasa anda menghantar notis penerimaan ataupun penolakkan kepada pendaftaran dan kemudian pendaftaran memberitahu kami status pemindahan.

Dalam halaman Pemindahan Tergantung di Pengurus Domain, anda boleh menjejak kemajuan pemindahan anda.

Untuk Semak Kemajuan Pemindahan Anda

  1. Log masuk ke Pengurus Akaun anda.
  2. Di sebelah Domain, klik Urus.
  3. Daripada menu Domain , pilih Pemindahan. Dalam Grid Pemindahan Belum Selesai, kolum yang berikut memaparkan maklumat untuk setiap nama domain yang belum selesai dipindah: